Istilah Kafir Harbi Dalam Konteks Masa Kini Di Malaysia

Review By: Restoran: Menjawab Wahabi
Share Button

1. Baru-baru ini SS Datuk Mufti Pahang ada mengeluarkan kenyataan berkenaan kafir harbi, iaitu segolongan kafir yang menentang pemerintahan Islam secara konsisten dan jelas adalah kafir harbi. Namun laporan berkenaan kenyataan SS Mufti Pahang ini terlalu banyak versi laporan hingga kita keliru versi yang mana paling tepat. Pembaca boleh rujuk pelbagai versi laporan oleh media.

http://www.utusan.com.my/…/dap-tergolong-kafir-harbi-wajar-…

http://www.themalaymailonline.com/…/tuduh-dap-kafir-harbi-p…

http://www.sinarharian.com.my/…/saya-tak-rujuk-kafir-harbi-…

1476762_10201216862329647_2027166840_n

2. Malah jika lihat di facebook dan lain-lain media, kenyataan asatizah juga berbeza-beza ketika mengomentari kenyataan SS Datuk Mufti Pahang ini, keadaan ini berlaku kerana laporan-laporan media yang tidak konsisten dan mungkin ada kesilapan dari sudut konteks dan sebagainya.

3. Melihatkan situasi ini, kami hanya mahu mengomentari secara ilmiah dan umum sahaja dalam memahami istilah kafir harbi yang digunakan oleh SS Datuk Mufti Pahang iaitu dari sudut istilah kafir harbi masa kini. Setelah kami bertanyakan pada penyelidik-penyelidik kami, guru-guru dan sahabat-sahabat kami ternyata perbahasan sebegini sudah dibahaskan di Indonesia.

4. Setelah kami membaca laporan-laporan berita yg berlegar di media, kami dapat memahami istilah ‘Kafir Harbi’ yang digunakan oleh Mufti Pahang itu bukan seperti istilah biasa yang kita fahami iaitu kafir yang halal darahnya, kerana SS Mufti merujuk terus kepada situasi di negara Malaysia yg berbilang agama, kaum, bangsa dan menggunakan sistem demokrasi berparlimen pada zaman ini.

5. Ia sebenarnya adalah lebih condong kepada istilah Kafir Harbi fi dzimmati Ta’min. Kafir Harbi fi dzimmati Ta’min adalah istilah yang dibuat oleh Ahli Bahtsul Masail iaitu satu majlis yang membahaskan secara terperinci hukum hakam di Indonesia yang dikendalikan oleh para asatizah dan kiyai-kiyai Nahdatul Ulama. Yang sebenarnya istilah ini tidak ada dalam kitab-kitab Turats. Tetapi yg lebih penting dalam bab hukum hakam bukanlah istilahnya, tetapi lebih penting ialah apa maksudnya sesuatu istilah itu, Kafir Harbi fi dzimmati Ta’min adalah kafir harbi tetapi dilindungi atau tidak diperangi kerana wujudnya sesuatu alasan yg sangat kuat.

6. Kafir Harbi:

ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺤﺮﺏ ﺃﻭ ﺍﻟﺤﺮﺑﻴﻮﻥ : ﻫﻢ ﻏﻴﺮ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﻟﻢ ﻳﺪﺧﻠﻮﺍ ﻓﻲ ﻋﻘﺪ ﺍﻟﺬﻣﺔ، ﻭﻻ ﻳﺘﻤﺘﻌﻮﻥ ﺑﺄﻣﺎﻥ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ﻭﻻ ﻋﻬﺪﻫﻢ

“Ahli harbi atau harbiyyun adalah non muslim yang tidak ada ikatan dzimmah, tidak ada ikatan aman dan tidak ada perjanjian damai” (Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah).

Jadi memahami harbi haruslah memahami apa itu kafir dzimmi, musta’man dan mu’ahad. Kerana selain ketiganya adalah kafir harbi.

Sheikh Ismail Zain dalam fatawanya ketika membahaskan status segelintir golongan bukan Islam di Indonesia menggunakan kaedah:

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Adalah menolak kerosakan-kerosakan lebih didahulukan dari pada mengambil mashlahat. Kaitan dengan masalah ini adalah seharusnya kafir harbi harus dibunuh atau diperangi. Tetapi kerana suatu alasan kedamaian dan khuatir terjadi kerusuhan yang merupakan mafsadah, maka memerangi mereka yang dianggap maslahah tidak dilaksanakan kerana mendahulukan menolak kerusakan.

Berdasarkan kaedah inilah dan sesuai dengan konteks zaman ini di Malaysia atau Indonesia isitilah Kafir Harbi fi dzimmati Ta’min muncul.

7. Antara dalilnya Kafir Harbi fi dzimmati Ta’min ialah seperti mana syarah Prof. Dr. Sheikh Ali Jumaah mantan Mufti Mesir dalam kitabnya al bayan tentang mengapa Rasulullah tidak membunuh Abdullah bin Ubay.

8. Iaitu hadits ketika Rasulullah diminta Umar bin Khaththab supaya membunuh Abdullah bin Ubay. Rasulullah bersabda:

لا يبلغ الناس ان محمدا يقتل أصحابه

9. Membunuh Abdullah bin Ubay adalah maslahat kerana itulah hukum Islam. Tetapi baginda tidak melakukannya kerana baginda khuatir orang-orang kafir menjauhi agama Islam. Dan ini adalah mafsadah.

10. Semoga catitan kecil ini merungkai kekeliruan dan polemik yang dimainkan oleh media terutama dari pihak Wahhabi yang sentiasa dan akan terus memahami perkataan-perkataan secara literal dan akhirnya silap faham kerana kekakuan dalam berilmu. Begitu juga puak liberal yang sentiasa mentafsirkan kenyataan-kenyataan tanpa disiplin ilmu yang betul.

11. Semoga kenyataan SS Dato Mufti Pahang tidak disalah fahami lagi kerana jelas dalam hal ini beliau berkomentar dari konteks negara Malaysia dan suasana pada hari ini iaitu kafir harbi yg dimaksudkan itu ialah Kafir Harbi fi dzimmati Ta’min, bukan kafir harbi yang difahami sebelum ini iaitu kafir yang halal darahnya.

12. Oleh sebab itu kita tidak melihat asatizah dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yg memahami istilah kafir harbi yg digunakan oleh Mufti Pahang adalah bermaksudkan menghalalkan darah.

Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor.

Share Button
Istilah Kafir Harbi Dalam Konteks Masa Kini Di Malaysia | aswj-rg.com | 4.5