Akidah Imam Muhajir Bukan Akidah Syiah: Jawapan Balas Buat Wahabi dan Syiah

Share Button

Baru-baru ini di Malaysia terjadi satu fitnah di media sosial bahawa Imam Muhajir iaitu moyangnya para Habaib dari Yaman dikatakan sebagai Syiah oleh Wahabi, fitnah ini menjadi semakin marak apabila ada sekelompok kecil Syiah yang mengambil kesempatan membenarkan kenyataan tersebut untuk dijadikan batu loncatan mereka berdakyah. Dalam Artikel ARG kali ini kami akan memperjelaskan secara ringkas sejarah Imam Muhajir dan di mana terjadi kesilapan dalam memahami ibarat-ibarat dalam kitab ulama dan beserta rasa sangka buruk mereka melontarkan fitnah yang keji ini.

Syaikh Abu Turab an-Nakhsyabi Berkata:

اِذَا اَلِفَ الْعَبْدُ الاِعْرَاضَ عَنِ اللهِ تَعَالَى صَحِبَتْهُ الْوَقِيْعَةُ فِيْ اَوْلِياَءِ اللهِ

“Tatkala seorang hamba terbiasa berpaling dari (mengingat) Allah, maka ia akan selalu ditemani sifat mencela wali-wali Allah”

1476762_10201216862329647_2027166840_n

Habib Abdurahman bin Ubaidillah Assegaf berkata dalam kitabnya “Nasim Hajir” :

فقد انكرت في البضائع ما قيل ان المهاجر وبنيه شافعيون اشعريون وقررت انهم امامية ومن جملة ادلة لذلك ما صرحوا به  من امامية العريضي

“Dalam kitab “Al Badha`i`” aku telah menyanggah pernyataan Bahawa Al Muhajir dan putera-puteranya adalah pengikut Syafi`i dan Asy`ari, dan aku tetapkan bahawa mereka adalah Imamiyah, termasuk dari bukti-bukti hal itu adalah apa yang mereka tegaskan mengenai keimaman Al `Uraidhi”

Di tempat lain beliau berkata :

والقول بامامية علي فمن بعده من ذريتة هو المذهب الامامي الذي نعنيه

“Dan pendapat mengenai keimaman Ali dan keturunannya merupakan Madzhab Imamiyah yang kami maksud”

Syubhat yang Mengelirukan

Al Habib Abdurahman bin Ubaidillah merupakan pembesar Sadah Ba`alawi, dan seorang ahli sejarah penulis kitab “Al Badha`i`” yang menceritakan sejarah Hadramaut.  Berdasarkan penelitian dan telaah yang beliau lakukan terhadap kitab-kitab salaf diketahui bahawa ternyata madzhab Imam Muhajir dan Sadah Ba`alawi adalah Imamiyah. Ini bererti apa yang dijalani oleh para keturunan Ba`alawi ketika ini dengan bertaqlid kepada Imam Syafi`i dan Imam Asy`ary bukan berasal dari leluhur mereka yang mulia. Kerana leluhur mereka bermadzhab Syiah Imamiyah.

Kami Menjawab 

Apakah itu “Imamiyah” menurut Habib Abdurahman bin Ubaidillah? untuk memahami dengan tepat sesuatu istilah yang digunakan oleh seseorang ulama hendaklah memahami terlebih dahulu definisi istilah-istilah yang digunakan oleh ulama tersebut agar tidak terjadi salah faham. Kadang ulama mempunyai istilahnya yang tersendiri dan ini maklum bagi mereka yang matang ilmunya dan mahir membaca kitab-kitab turath. Kefahaman seperti ini boleh didapati dengan bertalaqqi secara langsung dengan penulis kitab atau berguru dengan anak-anak murid penulis kitab atau belajar secara bersanad murid kepada murid kepada murid kepada murid dan seterusnya hingga sampai ke pengarang kitab. Masalahnya di zaman ini terlalu ramai yang faham bahasa arab asas namun kurang bertalaqqi dihadapan guru yang sah akhirnya memahami ibarat-ibarat dalam kitab ulama sesuai dengan apa yang dia faham, bukan dengan apa yang pengarang kitab mahu sampaikan. Berbekalkan ilmu yang cetek ini mereka berani menyesatkan wali-wali Allah kerana kejahilan mereka memahami bahasa dan gaya penulisan dalam kitab-kitab turath. Ini akhirnya mencetuskan fitnah.

Berulang kali Al Habib Abdurrahman mengatakan bahawa pada dasarnya Para Salaf Ba`alawi menganut Madzhab Imamiyah, tetapi apa yang wajib kita faham dan ambil perhatian disini bahawa yang dimaksudkan “Imamiyah” oleh beliau bukanlah Syiah Imamiyah seperti mana yang kita kenal sebelum ini.

Pernyataan beliau mengenai keimaman Ali Uraidhi, Al Faqih Al Muqadam, Habib Abdurahman bin Muhammad Assegaf, Habib Abdullah Alhaddad  dan para salaf yang lainnya, merupakan bukti kuat bahwa Imamiyah yang Beliau maksud tidak sama dengan syiah Imamiyah yang hanya memiliki 12 imam [1].

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa fahaman imamiyah tidak menafikan sahnya kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Utsman. Tidak ada yang mengingkari kekhalifahan Abu Bakar dan Umar kecuali golongan yang melampau batas.

Beliau berkata :

“Imamiyah dengan makna bahawa beliau (Al Muhajir) menganggap adanya nash yang menentukan kekhalifahan Sayidina Ali Bin Abi Thalib,  tidak dengan makna bahawa beliau berlepas diri dari Abu Bakar dan Umar atau menganggap cacat kekhalifahan keduanya dan berkata mengenai mereka dengan sesuatu yang dikatakan golongan yang melampaui batas, Ibnu Khaldun telah berkata bahawa celaan terhadap Syaikhain (Abu Bakar dan Umar) tertolak dalam Imamiyah kecuali menurut kumpulan yang melampaui batas dari mereka” [2]

Bahkan Beliau menegaskan bahawa kisah mengenai tersembunyinya Imam Mahdi di Sirdab (sebagaimana keyakinan Syiah Imamiyah) merupakan dongeng yang mustahil diyakini oleh para Alawiyin. Walaupun keyakinan seperti ini jelas batilnya, tetapi sesuai dengan yang beliau nukil dari perkataan Al Ghazali bahawa yang mempercayai hal ini tidak boleh dianggap kafir dan tidak berpengaruh kepada keislaman mereka, mereka hanya dikatakan bodoh kerana mempercayai hal seperti ini [3].

Semua kenyataan-kenyataan ini menunjukkan bahawa “Imamiyah” yang dimaksudkan oleh Habib Abdurahman bukanlah syiah imamiyah yang kita kenal.

Imamiyah adalah Silsilah Qutbiyah

Imamiyah yang dimaksud Habib Abdurrahman adalah silsilah (rangkaian) Qutbiyah yang bersambung dari Sayidina Ali kepada keturunannya. Beliau berkata :

فتحصل : ان من يقول من العلويين ومن على شاكلتهم بتسلسل القطبانية من على الى ابنيه ثم الى زين العابدين ثم الى من بعدهم منهم – فهو على مذهب الامامية

“ Maka terhasilkan kesimpulan bahawa sesungguhnya kaum Alawiyyin atau mereka yang sejalan dengannya yang berkata mengenai bersambungnya rantai Qutbiyyah dari Ali kepada kedua puteranya kemudian kepada Zainal Abidin kemudian kepada keturunan mereka,  maka ia berada diatas Madzhab Imamiyyah “[4]4

Quthb adalah peringkat  tingkat tertinggi dari kewalian, iaitu dia yang menjadi pemimpin kerohanian. Seorang quthb tidak harus menjadi pemimpin dzohir (Khalifah dll), tetapi dialah yang pada hakikatnya menjadi pemimpin dan diizinkan bertasharuf di alam ini.

Dan Quthb inilah yang dimaksud Habib Abdurahman dengan sebutan Imam. Ertinya mereka yang mempercayai adanya quthb di setiap zaman dari keturunan Sayidina Ali maka Ia bermadzhab Imamiyah. Hal ini sebagaimana diyakini oleh para Sadah Alawiyin [5]

Sadah Alawiyin meyakini bahawa maqam quthb diwarisi oleh keturunan Sayidina Ali, akan tetapi mereka berbeza pendapat mengenai siapa yang pertama mewarisinya

Habib Abdul Qadir bin Syaikh Alaydrus menyatakan bahawa yang mewarisi buat pertama kali adalah Sayidah Fatimah, kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian Utsman, kemudian Ali kemudian Al Hasan kemudian Al Husain kemudian Ali zainal Abidin kemudian Al Bagir dan seterusnya [6].

Pendapat Habib Idrus bin Umar Alhabsy tidak jauh berbeza, beliau menyatakan bahawa Sadah Ba`alawi mewarisi ilmu kenabian setelah Abu Bakar, Umar dan Utsman [7].

Habib Abdullah Alhaddad berkata :

“Mengenai orang pertama yang ditetapkan sebagai quthb maka dikatakan ia adalah Hasan bin Ali dan dikatakan Ia adalah Abu Bakar, kemudian Umar, Kemudian seterusnya sesuai dengan tertib khalifah, kemudian Hasan kemudian Husain kemudian Zainal Abidin.”[8]

Sedangkan Habib Abdurahman memiliki pendapat yang berbeza, menurutnya silsilah quthb ini secara langsung
diwariskan kepada Sayyidina Ali dari Rasulullah saw secara langsung, kemudian diteruskan kepada cucu-cucu beliau [9]

Perbezaan ini tidak perlu diperselisihkan kerana pada intinya mereka menyatakan bahawa Sayyidina Ali dan keturunannya merupakan pewaris keimaman Rasulullah. Dan imamiyah yang mereka maksudkan berbeza dengan Syiah  Imamiyah.

Aqidah Sadah Ba`alawi

 

Pada hakikatnya para Imam Salaf Ba`alawi memang telah melampaui Imam Syafi`i dan Imam Asy`ari, mereka adalah para mujtahid mutlak yang mampu berijtihad sendiri baik dalam masalah ushul mahu pun furu`, sehingga apa yang dikatakan Habib Abdurrahman bin Ubaidillah bahawa mereka bukanlah pengikut Asy`ari atau Syafi`i adalah ada kebenarannya.

Tetapi ketika aliran-aliran bid`ah mulai menyebar, terutama fahaman yang menggunakan dan mengatasnamakan ahlul bait, mereka mula merasakan perlu untuk menunjukkan bagi generasi penerus aqidah yang paling dekat dan sesuai dengan aqidah salaf mereka, dan aqidah itu adalah aqidah ahlu sunnah wal jamaah.

Al Imam Abdullah Alhaddad berkata :

“Dan hendaknya kamu selalu memperbaiki, membaguskan dan meluruskan aqidahmu dengan mengikuti kelompok yang selamat, yang dikenali diantara pelbagai kelompok Islam sebagai Ahlu Sunnah wal Jamaah, yang berpegang teguh pada teladan Rasulullah serta para Sahabatnya. Jika kamu berfikir dengan pemahaman yang lurus dan hati yang bersih tentang nash-nash dari kitab dan sunnah mencakup masalah keimanan, dan jika kamu membaca sirah salaf yang shalih dari golongan sahabat dan tabi’in maka kamu akan mengetahui dan meyakini bahawa yang haq adalah golongan yang bernama Asya’irah (Al Asy’ari) yang dinisbatkan kepada Syaikh Abul Hasan Al Asy’ari, Dia telah menyusun kaedah-kaedah akidah pengikut kebenaran dan meneliti dalil-dalilnya, itulah akidah yang telah disepakati para sahabat dan orang-orang terbaik dari tabi’in, dan itulah akidah orang-orang yang benar dari pembesar-pembesar di setiap zaman dan tempat. dan itulah akidah para ahli tasawwuf seperti yang dijelaskan oleh Abul Qosim Alqusyairi dalam pembukaan risalahnya. Dan dengan memuji Allah ini lah akidah kita dan akidah saudara-saudara kita dari keturunan Husain yang dikenal dengan sebutan Al Ba’alawy dan juga akidah salaf kita mulai zaman nabi sampai hari ini [10]”.

Al Imam Abu Bakar bin Abdullah Alaydrus Al Adny berkata :

“Demi Allah seandainya Allah menghidupkan ayahku, Habib Abdullah dan guruku Syaikh Sa`ad, dan mereka berkata kepadaku bahawa Sayidina Ali lebih afdhal disisi Allah dari Abu Bakar maka aku tidak akan menarik ucapanku dari keyakinan Ahlussunnah Wal Jama’ah bahawa sesungguhnya Abu Bakar , Umar , Ustman lebih afdhAl dari Imam Ali rodiallahu anhum ajma’in [11].

Habib Abdullah bin Husain Bin Thahir Ba`alawi berkata :

Dan perbaikilah akidahmu dengan mengambil faedah dari Ahlu sunnah pemilik petunjuk dan kepandaian sepertii Alhujjah Ghazali dan semua yang memiliki kesempurnaan [12]

 

Al Habib Idrus bin Umar Alhabsyi berkata :

“Sebelum kedatangannya (Al Muhajir) kekuatan Ibadiyah (salah satu firqah khawarij) menguasai daerah ini sampai akhirnya Allah mensucikan daerah ini melalui Al Muhajir dari bid`ah-bid`ah dan kesesatan berdasarkan dalil-dalil yang ia sampaikan, kemudian setelahnya Al Alim Syaikh Salim maka ia menempatkan bid`ah ke tempat paling rendah, menyebarkan ilmu dan menampakan keutamaan ilmu, kemudian Al Ustadz A`dzam Al Faqih Al Muqadam menguatkannya, Allah mensucikan dengannya lembah ini dan mandirikan atas dasar ketakwaan masjid di daerah itu dan menampakkan aqidah ahlu sunnah wal jamaah …” [13]

Sedangkan mengenai ilmu fiqh, mereka lebih condong kepada madzhab syafi`i ini dibuktikan dengan karya-karya mereka dalam bidang fiqh yang hampir seluruhnya bermadzhab Syafi`i, dan adanya anjuran para salaf untuk mempelajari kitab-kitab bermadzhab syafi`i, bahkan tersebarnya Madzhab Syafi`i di Hadramaut tidak terlepas dari jasa perjuangan Imam Muhajir. [14]

Al Imam Abdurahman bin Muhammad Assegaf yang jelas telah mencapai derajat mujtahid mutlak tetap menganjurkan kita untuk membaca kitab-kitab madzhab Syafi`i.

 

“Diriwayatkan dari Al Qutb Abdurrahman Assegaf bahwa beliau berkata : siapa yang tidak membaca Muhaddzab maka dia tidak akan mengerti dasar-dasar madzhab, siapa yang tidak membaca kitab Attanbih maka dia tidak termasuk orang yang sedar, siapa yang tidak mempelajari kitab Ihya’ maka dia tidak memiliki rasa malu, dan barangsiapa yang tidak memiliki wirid (amalan harian) maka dia adalah kera.”[15]

 

Habib Abu Bakar Bin Syihab berkata :

ولنا الشافعي خير امام ***ان وجدنا في النقل عنهم غبارا

Dan bagi kami Imam Syafi`i sebaik-baiknya imam**Ketika kami menemukan kesamaran dalam menuqil

 

Habib Abdurahman bin Ubaidillah sendiri memiliki banyak karangan dalam fiqh syafi`i seperti Hasyiah Minhaj Nawawi, Hasyiah Tuhfah, dll.

 

Hijrah Imam Muhajir Dari Iraq ke Hadramaut

 

Dalam kitab albarqoh al masyiqoh karya al habib ali bin abubakar bin abdurahman assegaf ra menyebutkan bahawa diantara penyebab hijrahnya al imam Al Muhajir dari iraq ke hadramaut adalah kerana akidah sesat di Iraq semakin marak.
وكان جدهم الإمام الشيخ احمد بن عيسى ممن وهبه الله كمال الوسع في المعرفة واشراق نور البصيرة وانبساط كمال المشاهدة وأنوار الفراسة وكان انتقاله من العراق بأهله وأولاده و أصحابه الى ان استقروا بأمر من الحق و اذن رباني بحضرموت بتريم وكان تريم المحروس موطن أولاده و ذريته و منزل عقبه و خلفه وكان ذالك سلامتهم مما التبس به اشراف العراق من العقائد الفاسدة وفتن البدع وظلماتهم ومخالفة السنة وأهلها وموافقة الشيعة في قبائح معتقداتهم وربما كان ذالك بسبب سكنى العراق وأما ذرية الامام شهاب الدين احمد ةبن عيسى الذين اتوا حضرموت واستوطنوا بتريم وكانت مسكنهم ومحلهم فأشراف سنية ذوو أخلاق علية ومكارم السنية و نفوس أبية وهمم علوية و عزائم مصطفوية…….
mari kita perhatikan tulisan ini dalam kitab tersebut:

وكان ذالك سلامتهم مما التبس به اشراف العراق من العقائد الفاسدة وفتن البدع وظلماتهم ومخالفة السنة وأهلها وموافقة الشيعة في قبائح معتقداتهم

dan itu semua (menjadi sebab) keselamatan mereka dari cengkaman pemuka” Iraq dari aqidah” yang fasid , bid’ah , kezaliman , menentang sunnah & ahli sunnah , dan condongnya mereka kepada SYIAH dalam aqidah yg buruk
قال الحبيب علي بن أبو بكر السكران بن عبد الرحمن السقاف: (فى شرف آل باعلوى) وهذه العصبة الساطعة المنيرة التى عظم شرفها، وجل قدرها، وعلا مجدها، وارتفعت شأنها، لما اجتمع لها من كمال النسب، وجمال السبب، والطهارة من رذائل الشبه، وخبث البدع، وارجاس الطمع، والتنزه عن شين المعتزلة، ونجاسة عقائد الشيعة. (البرقة المشيقة)

Alhabib ali bin abubakar assakran bin abdurahman assegaf (dlm kemuliaan al baalwy)inilah turunan yg bersinar yg memiliki kemuliaan yang agung,kedudukan yg tinggi, bermartabat mulia, dan ketinggian hal mereka, ketika terkumpul didalamnya kesempurnaan nasab,keindahan sebab,yg suci dari sifat kehinaan,kebusukan bid’ah,keburukan sifat tamak,bersih dari kotoran faham mu’tazilah,dan najisnya AKIDAH SYIAH.

Justeru jika kita baca sejarah dan ibarat-ibarat dari kitab ulama dengan hati yang bersih dan mencari kebenaran kita akan sedar bahawa hijrahnya Imam Muhajir adalah kerana Allah dan mahu menyelamatkan akidah dan keselamatan keturunannya dari akidah yang bidaah dan kezaliman pemerintah, bahkan ulama para habaib menggunakan perkataan najisnya dan buruknya akidah syiah, hingga begitu sekali ditegaskan namun di zaman ini dikalangan kita yang cetek ilmunya memfitnah mereka sebagai syiah pula.

 

Imam An-Nawawi mengutip ucapan al-Hafizh Ibnu Asakir seperti berikut: “Ketahuilah wahai saudaraku, semoga Allah memberikan taufiq kepadaku dan kepada anda berupa redha-Nya, dan menjadikan kita sebagai orang-orang yang takut kepada-Nya, dan bertaqwa kepada-Nya dengan sebaik-baik taqwa, bahawa daging para ulama adalah racun. Dan kebiasaan Allah atas orang yang merosak tirai kekurangan mereka sudah maklum bagi siapa pun. Dan barang siapa yang lisannya dipenuhi dengan celaan kepada ulama, maka Allah akan menimpakan seksa berupa mati hatinya sebelum ia mati” (al majmu’)


Dinukil dan disunting dari
Habib Haidar Shahab
Pertubuhan Penyelidikan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor

Referensi:

[1] نسيم حاجر في تأييد قولي عن مذهب المهاجر – ص 13

وفي عقد سيدنا الاستاذ الابر عيدروس بن عمر عن البرقة بعد أن الفقيه المقدم الى الامام علي – قال : هؤلاء الذين تواترت فيهم علامات الاتصال الحقيقى بكمال الارث المحمدى وامدادت السر الاحمدى والعلم اللدني البشري
وفيه عنها : ان المشائخ المذكورين اى من الفقيه المقدم الي الامام على كلهم من افراد الأعيان, وقدوة الائمة في تلك الأزمان, وأطال في الثناء عليهم حتى انتهى الى ذكر التمكين التام والتصريف المطلق, وماذاك الا الامامة بنفسها

نسيم حاجر في تأييد قولي عن مذهب المهاجر – ص 8

وتأمل ماجاء في الحكاية (337) من الجوهر السقاف وماعلق به عليها مؤلفة, فانها صريحة في ان الشيخ السقاف ليس بحنبلى ولاشافعي ولامالكي ولاحنفي وان تلك هي صفة القطب الذي يولي من يشاء ويعزل من اراد لاراد لحكمه ولامعقب لأمره

[2] سموم ناجر- ص 3

وعندما انتهيت الى هذا الموضوع اوقفني بعض الدرسة على دفتلرين بقلم الأخ علوى بن طاهر الحداد يخالف بها قولي عن مذهب المهاجر وذهابي إلى امامية بمعنى أنه يقول بالنص على تعيين سيدنا على بن أبي طالب للخلافة لا بمعنى أنه يتبرأ من الشيخين أو يقدح فيهما أو يقول بشيء مما يراه الغالون وقد قال ابن خلدون ان القدح في الشيخين مردود عند الامامية الا عند غلاتهم

سموم ناجر ص 21 -

ثم إن العلامة ابن شهاب اصرح بحب الضجيعين وحب عثمان وغيرهم من الصحابة ففيه تأكيد لما نكرره من رد القدح في الشيخين عند الامامية…

[3] نسيم حاجر في تأييد قولي عن مذهب المهاجر – ص 25

إن قول الإمامية إن الإمام مختف في سرداب ينتظر خروجه.قول ظاهر البطلان لكن الامر فيه سهل اذ لا ضرر فيه على الدين، إنما الضرر منه على الدين وانما الضرر على من يخرج في الانتظاره ويرجع بخيبة الرجاء اهــ وقد علمت ان العلويين ابعد من الثريا عن مثل هذه الترهات

فيصل التفرقة بين الإسلام والزندقة ص 73

الخامس: في أن ذكر تلك المقالة: هل يعظم ضررها في الدين ؟ أم لا ؟ فإن ما لا يعظم ضرره في الدين، فالأمر فيه أسهل، وإن كان القول شنيعاً وظاهر البطلان كقول الإمامية المنتظرة: إن الإمام مختف في سرداب، وإنه ينتظر خروجه.فإنه قول كاذب، ظاهر البطلان، شنيع جداً، ولكن لا ضرر فيه على الدين، إنما الضرر على الأحمق المعتقد لذلك، إذ يخرج كل يوم من بلده لاستقبال الإمام
حتى يدخل الليل، فيرجع إلى بيته خاسئاً.وهذا مثال: والمقصود أنه لا ينبغي أن يكفر بكل هذيان، وإن كان ظاهر البطلان.

[4] نسيم حاجر في تأييد قولي عن مذهب المهاجر – ص 14

فتحصل : ان من يقول من العلويين ومن على شاكلتهم بتسلسل القطبانية من على الى ابنيه ثم الى زين العابدين ثم الى من بعدهم منهم – فهو على مذهب الامامية

نسيم حاجر في تأييد قولي عن مذهب المهاجر – ص1

والقول بامامية علي فمن بعده من ذريتة هو المذهب الامامي الذي نعنيه

[5] نسيم حاجر في تأييد قولي عن مذهب المهاجر – ص 8

ان العلويين الحضرميين ومن لفهم الى هذا الحين ان لم يكونوا على مذهب الامامية فانهم على اخيه, اذ طالما سمعنا ممن لايحصر عدا اولايضبط كثيرة منهم من يقول : انها لما زويت عنهم الخلافة الظاهرة عوضوا بالخلافة الباطنة, فصارت الى على ثم الى ابنيه ثم الى زين العابدين ثم الى الباقر ثم الى الصادق. وهكذا في الافضل ثم
الافضل من ذرياتهم الاترى انهم يقولون بقطبانية هؤلاء وما القطبانية الا الامامة بنفسها

[6] نسيم حاجر في تأييد قولي عن مذهب المهاجر – ص 10

وقال في مسائل الصوفية : لايستقل بشرح أحوال الأولياء الا القطب الغوث, لاحاطته بجميع مراتبهم. واندراج مقامتهم في مقامه وقال فيها ايضا : أما اول من اقيم في القطبانية فقيل انه الحسن بن علي وقيل ابوبكر ثم ترتيب الخلافة ثم الحسن ثم الحسين ثم زين العابدين

[7] عقد اليواقيت الجوهرية – (ج 1 \ ص 7 )

فمن ذلك مما قاله باب مدينة العلم أصل أهل البيت الأطايب مولانا امير المؤمنين علي بن أبي طالب قال رضي الله عنه انا نقطة بسم الله الرحمن الرحيم انا جنب الله الذي فرطتم فيه وأنا الكرسي وأنا القلم وأنا اللوح المحفوظوأنا العرش وأنا السموات السبع والارضون السبع وهو الانسان الكامل في وقته وأول مفرد في الولاية الموروثة عن النبوة الحتمية الجمعية الكمالية أحدية الجمع بعد أبو بكر وعمر وعثمان فاجتمعوا فيه رضي الله عنهم… فانهم رضي الله عنهم أي السادة العارفون والأئمة المجتهدون بنو علوي بن عبد الله بن المهاجر إلي الله أحمد بن عيسى
القانطون بالجهة الحضرمية ونواهيها ومن تعلق بطريقهم ودخل في دائرنهم من حيث انتمائه

[8] نسيم حاجر في تأييد قولي عن مذهب المهاجر – ص 11

وفي مرأة الشموس عن الحبيب عبد القادر بن شيخ العيدرس – أن من تلقى الوارثة النبوية فاطمة الزهراء مدة حياتها ثم ابوبكر ثم عمر ثم عثمان ثم علي ثم الحسن ثم الحسين ثم زين العابدين ثم الباقر. وطال في الموضوع وهو ظاهر في القول بالامامية

[9] سموم ناجر– ص 19

وأما الوصية فلا ريب عندنا أن عليا كان وصي رسول الله صلى الله عليه واله وسلم وإن خالف في ذلك من هو منسوب عندنا إلى العناد ولسنا نعني بالوصية النص على الخلافة ولكن أمورا أخرى لعلها إذا لمحت اشرف وأجل أهــ وما اراه إلا يعني القطبانية التي يقول بها

[10]  رسالة المعاونة
وال
مظاهرة و المؤازرة –لللإ مام عبد الله بن علوي الحداد ص 67

[11]  كما في النور السافر وغيره ) : والله العظيم لوبعث الله والدي الشيخ عبد الله وأستاذي الشيخ سعد وذكر الي ان سيدنا عليا افضل عند الله من سيدنا أبي بكر رضي الله عنه – مارجعت عن معتقد اهل السنة والجماعة من أن أبابكر وعمر وعثمان افضل من علي رضي الله عنهم اجمعين

[13] Dlm kitab Al-’Iqdul Yawaaqit Al-Jauhariyyah karya hb idrus bin umar alhabsy

[15]  المنهج السوي : 249 » ومثله في « تذكير الناس : 38 »

Share Button
Akidah Imam Muhajir Bukan Akidah Syiah: Jawapan Balas Buat Wahabi dan Syiah | aswj-rg.com | 4.5